Wednesday, December 4, 2013

Durian, bola dan Hanis

Hari ini macam-macam benda berlaku dalam hidup ni. Maklumlah sebagai seorang guru dan sedang bercuti panjang mmg aku xda menda nak buat. So update jela blog.

Si hero dua orang tu baru nak tido pukul 2 pagi. Seronok sgt dok godek2 hp nokia buruk tu.. hahaha.. seronok sangat bila tgk dorang happy.. bila nak tdo je tetiba Hanis datang dgn soll bawak durian.. ya Allah bestnya! Dah lama kot tak makan durian.

Bila dorang masuk je bau durian, in the world yer semerbak! Nasib jbaikla dia beli yang packing. Kalau tak, nak kopek punyala susah sbb umah aku xda parang. Yang ada pon pisau siang ikan jer. Haha maklumlah duk bujang..

Sambil-sambil melantak durian nak tunggula game Manchester United vs Everton kul 0345 pagi nanti. Aku predict MU menang 2-0 .. sapa skor? Maybe Rooney lagi tak pon Evra kot..hahaha abang-abang ke tidakkk?

Sementara nk tggu bola ni.. aku ngan Hanis dok bercerita ttg filem Frozen la.. pasal birthday party Marsha Milan Londoh la.. apa agak2 hadiah yang pompuan suka ek? Xtau nak bagi apa.. huhu

Btw, kesedapan durian tu mmg tak terkata.. pas makan durian.. makan plak buah rambutan! Perasaan? Heaven therookk punya (pinjam ayat soll) . So, kepada yg mengidam tu baik g cari. Nak nak musim hujan ni.. durian dikatakan baik utk memanaskan badan..dan kepuasan melantaknya ...fuhhh ibarat dunia ni seakan syurga..huhu..

Hurm, anyway apa kata sementara nak tgk game MU vs Everton ni korang layan dulu gambar2 ni..

Jumpa lagi nanti.. daaaaa

Hanis yang mengidam sebenarnya!!

Tq Hanis.. abang like.. muah muah

Manchester United vs Everton

Anak buah yang nakal ; Adam dan Qimi

Ptg tadi balik umah mak aku kat Selayang. Area? JalanNakhoda Kanan. Amikla hero-hero dua orang ni. Katanya bosan time cuti. Kesian plak. Dh 3 minggu cuti dok memerap je kat umah nenek dia. Xda sapa nak jaga. Mak dia(kakak aku), nenek dia (mak aku) semua keja. Tinggal la ngan bibik. Tak sampai hati.

So, aku pon decide nak amik je dorang dok ngan aku since aku pon dok berdua je kat umah bujang ni ngan akim (ada aku pnah crita sebelum ni) . Aku jaga 3 hari je sampai jumaat ni.

Sampai je kat umah aku td kat Jalan Ipoh jam 8mlm aku dh suh dorang belajar. Siapkan latihan 10 muka surat setiap satu buku baru leh main game and tengok tv. Maka dorang pon bertungkus-lumus siapkan keja. Si Adam darjah 4 budak pandai. Dpt no.2 kt sekolah. Then, Qimi adiknya darjah 1 dapat no. 35 dlm kelas. Hahaha buat malu je. Actually Qimi ni mmg mls sikit. Ada je plan nak mengelat. Last-last kul 1030pm baru siap keja umah.

Lepas dorang siap keja umah aku cakap nak bagi suprise. Memandangkan dorang kata nak mintak hp aku pon bagi la sorang sebijik hp cam ayam (bersama simkad + topup rm30 setiap satu)! Rare tu hp nokia.. kat bawah nnt korang tgk hp apa. Budak2 xleh pakai hp mahal2.. nanti sibuk nk bercinta kan!!!.

Skang tgh nak tgk kot2 dlm simkad ada sms ngan awek lama ke.. malu.. kantoi nanti..hahaha

Mood tgh rajin ni, bila ada apa2 story nnt aku akan update lagi.. syiok plak leh update blog pakai hp ni.. so, taip je dlm ni and post! Siap.. senang sungguh..

Tata titi tutu...jumpa lagi bila ada kutu (tetiba)..haha

2 hero kesayangan ayah chik

Adam dh dpt reward dia selepas siapkan latihan 20 m/s (kes dera ni..paksa buat latihan)

kimi yg malas..tp comel ;)

Hp sangkak. .very the old skool..

Contest Hobbit : The Desolation of Smaug

Hurm, lepas balik daripada amik hadiah kat Kepong aku saja saja la bukak website www.tupai.com.my sebab kami sekeluarga selalu la jugak join kontes tiket wayang kat sana.

Alhamdulillah tersangkut jugak satu nama. Amin.

Kalau korang nak menang, kena rajin-rajinla masuk kontes kat sana. Selain itu, laman web tu jugak ada banyak info-info terbaru yang akan di kemaskini setiap hari..

Tak sabar rasanya nak tunggu next week sbb citer Hobbit : Unexpected Journey sangat menarik. Sapa yang boleh lupa Bilbo Baggins yang sangat comel tu? Di tambah pula dengan raksasa kerdil yang aneh serta kuat menyeringai dan juga naga Smaug yang ganas.

Mungkin kisah kali ini akan menampakkan kehebatan dan aksi smaug sebab sebelum ni scene smaug asik tidur je kan? Hehe

Tunggula 10hb nnt lepas dh tgk aku update :)

Adidas Contest SMS and Win

Bermula 29 september-29 november 2013 telah pun berlangsung contest ADIDAS SMS and WIN .

Mekanisme contest sangat mudah. Beli mana-mana produk ADIDAS sama ada perfume, body spray atau deadorant sekurang-kurangnya rm20 dan ke atas kemudian sms ke nombor yang telah diberikan

Keluarga kami telah membeli produk-produk tersebut dan alhamdulillah telah menang 2 hadiah utama

14/11 : Easah Bte Jusoh

29/11 : Faris Naqiuddin Bin Azami

Sebentar tadi sy telah ke pejabat StarAsia di kepong untuk menuntut hadiah tersebut iaitu Headphone Beats Original bernilai rm790 setiap satu.

Alhamdulillah,  rezeki keluarga. Terima kasih banyak-banyak StarAsia

Kalau ada lagi contest,  insya Allah kami akan join lagi.