Thursday, April 12, 2012

KATA-KATA HIKMAT...

Malam yang dingin, aku nak kongsikan beberapa kata hikmat hari ini

PERTAMA



SEANDAINYA KITA TIDAK DAPAT MENJADI GARAM YANG DAPAT MENAHAN DAGING DARIPADA BUSUK, JANGANLAH KITA MENJADI LANGAU YANG MEMBUSUKKAN DAGING.


KEDUA



AIR MATA PENYESALAN YANG MENGALIR UMPAMA SUNGAI YANG MENGALIR MENCUCI KEKOTORAN HATI..



KETIGA




BELAJAR BERSYUKUR KETIKA MENDAPAT KEUNTUNGAN DAN BELAJARLAH TERSENYUM KETIKA MENGHADAPI KERUGIAN....



KEEMPAT



TERBITNYA KEBAIKAN DARIPADA KEBURUKAN DAN TERBITNYA AMALAN DARIPADA PENGETAHUAN..


Semoga pembaca blog ini renungkan seketika dan kita sama sama mendapat manfaat daripadanya. Insya-ALLAH


**'Dipetik daripada akhbar KOSMO! Khamis,12 April 2012'

CONTEST FREAK!!!

Sebelum aku tidur hari ni..aku nak berkongsi dengan korang apa yang aku buat hari ini.. aku ada satu 'freak' atau ketagihan yang melampau terhadap kontes dan aku selalu sahaja nak telefon radio..dipendekkan cerita, hari ini aku aku telah bangun awal pagi dan telah mula mencari kontes..selama 10 jam berusaha 1 kontes pon aku tak dapat kol ataupon tembus line radio..aku sangat frust...

aku teringat kata-kata hikmah ini




BELAJAR BERSYUKUR KETIKA MENDAPAT KEUNTUNGAN, DAN BELAJARLAH TERSENYUM APABILA MENGHADAPI KERUGIAN...(inilah kata-kata yang paling aku suka dan aku akan selalu bagitahu berulang-ulang untuk mengingatkan diri aku jugak)

Aku terdiam, bukan apa, sebelum ni aku dah menang RM1000 kot kat sebuah radio ni (nama radio dirahsiakan) then arini aku kol radio lain, tak tembus, kalau tembus pon kalah..itu pon dengan bantuan Azza..Ratu kontes jugak...hahaha..(sorry Azza,femeskan kau kat sini)

Apa-apa pun aku takkan berputus asa. Aku akan cuba lagi, memandangkan hari ini ialah hari terakhir semua radio membuat promosi besar besaran sempena kajian AC NIELSON untuk fasa pertama 2012 , aku cuma berharap dapatlah menang sikit lagi sebab hutang banyak kot :(

Kepada semua yang berada di luar sana yang berminat untuk menyertai kontes tapi tidak tahu bagaimana caranya, mulakan langkah awal dengan menyertai pertandingan di radio. Ianya sangat berbaloi. Percayalah!!!

Semoga berjumpa lagi, sebarang kontes yang aku menang aku akan update kan di sini, insya-allah

KIM HASSAN 1..2..3..ON AIR

Aku rasa sangat seronok kerana aku rasa aku nak upload je mana mana pic yang pernah aku tangkap tapi tak upload upload jugak...tapi harini aku janji aku upload...

Harini aku nak cerita pasal housemate aku lah.. peserta ON AIR.. KIM HASSAN...

Kepada penyokong-penyokong beliau..meh la tengok gambar-gambar dia



Penuh Bergaya



Credit to Raden Ahmad for such a nice pictures



Gambar di Anugerah Juara Lagu ke-26



bersama sahabat-sahabat media

Terima Kasih semua..selamat menyokong HAKIM HASSAN atau KIM HASSAN dalam ON AIR musim pertama :)

oh ya, sebelum terlupa...JANGAN LUPA MENONTON ON AIR SEMULA 16 MAY 2012 nanti ya!!

SETELAH 2 TAHUN BERSAWANG...

Hurm selepas 2 tahun bersawang.. aku sebenarnya hampir terlupa aku mempunyai blog.. OMG punyalah sibuk... (sebenarnya tak lah sibuk mana pon) buat buat sibuk jer..selepas 2 tahun ni banyak yang ingin aku kongsikan sebenarnya tapi cukuplah aku hanya coretkan dalam diari aku sahaja..

Aku sebenarnya arini nak cerita kat kawan kawan tentang kegilaan aku terhadap makanan..aku memang suka makan dan aku mmg suka mengkritik orang yang masak tak sedap... serius nih.. aku pnah hantar balik makanan yg dah di order ke kaunter dan suruh dorang rasa sendiri sedap ke tak sedap...pastu aku tak nak bayar sebab aku berpegang kepada prinsip "saya bayar untuk rasa sedap!".....



kau nak makan kalau tak sedap



macam ni lah aku marah kalau benda tu tak sedap!