Thursday, April 12, 2012

CONTEST FREAK!!!

Sebelum aku tidur hari ni..aku nak berkongsi dengan korang apa yang aku buat hari ini.. aku ada satu 'freak' atau ketagihan yang melampau terhadap kontes dan aku selalu sahaja nak telefon radio..dipendekkan cerita, hari ini aku aku telah bangun awal pagi dan telah mula mencari kontes..selama 10 jam berusaha 1 kontes pon aku tak dapat kol ataupon tembus line radio..aku sangat frust...

aku teringat kata-kata hikmah ini




BELAJAR BERSYUKUR KETIKA MENDAPAT KEUNTUNGAN, DAN BELAJARLAH TERSENYUM APABILA MENGHADAPI KERUGIAN...(inilah kata-kata yang paling aku suka dan aku akan selalu bagitahu berulang-ulang untuk mengingatkan diri aku jugak)

Aku terdiam, bukan apa, sebelum ni aku dah menang RM1000 kot kat sebuah radio ni (nama radio dirahsiakan) then arini aku kol radio lain, tak tembus, kalau tembus pon kalah..itu pon dengan bantuan Azza..Ratu kontes jugak...hahaha..(sorry Azza,femeskan kau kat sini)

Apa-apa pun aku takkan berputus asa. Aku akan cuba lagi, memandangkan hari ini ialah hari terakhir semua radio membuat promosi besar besaran sempena kajian AC NIELSON untuk fasa pertama 2012 , aku cuma berharap dapatlah menang sikit lagi sebab hutang banyak kot :(

Kepada semua yang berada di luar sana yang berminat untuk menyertai kontes tapi tidak tahu bagaimana caranya, mulakan langkah awal dengan menyertai pertandingan di radio. Ianya sangat berbaloi. Percayalah!!!

Semoga berjumpa lagi, sebarang kontes yang aku menang aku akan update kan di sini, insya-allah

No comments:

Post a Comment